0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 16.80 RM

About

Menginovasi Masjid: Mensejahtera Ummah ialah sebuah buku yang menghimpunkan kertas kerja berkaitan dengan membangun masjid inovatif dari pelbagai aspek. Sebagaimana kita sedia maklum di Malaysia kini mempunyai lebih 21 ribu buah masjid dan surau. Bayangkan sekiranya setiap masjid ini dapat memaksimumkan peranan imarahnya pasti pelbagai manfaat akan diperolehi dalam membangun masyarakat Islam. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW tokoh unggul yang memartabatkan institusi masjid sebagai pusat keagamaan, keilmuan dan kecemerlangan yang merentas seluruh aspek kehidupan. Masjid merupakan rumah ibadat yang paling mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Masjid institusi penting dalam menyebarkan aktiviti dakwah sejak zaman Rasulullah SAW. Peranannya bukan sekadar tempat menunaikan solat semata–mata, malah ia merupakan suatu tempat yang berperanan penting dalam pembangunan sosiobudaya masyarakat. Dengan ertikata lain masjid bagaikan jantung kepada ummah. Pembangunan aktiviti masjid akan membawa kepada pembangunan rohani umat. Umumnya, kesemua tajuk yang dibincangkan buku ini sangat penting difahami dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat, khususnya ke arah pelaksanaan dan pembangunan masjid inovatif di Malaysia. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap pencita agama sebagai panduan dalam mengimarahkan masjid yang efektif.

Detail

ISBN : 978-983-52-0920-8

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : English

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit