0 Ratings

Add to Wishlist

Publisher :

Price

Buy : 18.40 RM

About

Melerai Rindu muncul dalam keghairahan Angkatan Sasterawan Nasioanal Kedah (ASASI) mahu melahirkan kelompok penulis pelapis di Kedah yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang agak baharu dalam genre ini. Namun melihatkan kepada kegigihan dan kesungguhan mereka untuk mencapai kejayaan yang besar, 13 buah cerpen hasil tulisan sembilan orang penulis ASASI yang sedang mencipta nama dalam dunia penulisan tanah air ini boleh memberi makna yang cukup besar dalam perkembangan sastera tanah air. Pemikiran feminisme yang mereka tonjolkan di dalam antologi ini mungkin tampaknya seperti sudah membudaya cengkaman patriarki ke atas kaum perempuan, sehingga perempuan harus berjuang keras untuk menunjukkan eksistensi dirinya di mata dunia, tetapi sebenarnya ia tetap sebuah didaktisisme dalam karya yang tujuan tidak lain hanya mahu memberi pendidikan dan pengajaran kepada pembaca. Percayalah Antologi Melerai Rindu bukannya sebuah bacaan ringan yang ditulis sekadar memenuhi ruang kreativiti ASASI, kerana di dalamnya nanti anda akan menemui sebuah penghasilan yang memiliki kebijaksanaan dan kearifan yang akan membolehkan pembaca dapat mengambilnya sebagai teladan. Reviews (0)

Detail

ISBN : 978-967-2064-00-8

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit