0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 26.90 RM

About

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama; Bahagian I – Tasawuf: Serangan dan Sanggahan dan Bahagian II –Kritikan Rasul Dahri: Penilaian Semula. Menerusi perbincangan dalam Bahagian I, penulis menyanggah semula pelbagai pertuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap tasawuf. Tujuannya untuk membersihkan fitnah yang dipalitkan kepada tasawuf secara kritis melalui wacana intelektual demi mempertahankan kebenaran dan kesucian tasawuf di sisi Islam. 
 Bahagian II pula secara khusus untuk menepis dan menjernihkan cercaan dan cemuhan yang ditusuk oleh Rasul Dahri terhadap tasawuf menerusi bukunya, Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat (1998). Hujah yang dikemukakan menerusi buku ini bertujuan membuktikan kebenaran dan kesucian tasawuf selain hujah yang mempertahankan tasawuf daripada belenggu pelbagai fitnah yang menyebabkan pandangan serong dan kefahaman keliru masyarakat.

Detail

ISBN : 978-983-100-966-6

Publication Date :

Length : 416 Pages

File Format : PDF

File Size : 75.06 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit