0 Ratings

Add to Wishlist

Publisher :

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 15.90 RM

About

Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika. Ini bererti armada China ‘menemui’ Amerika 70 tahun lebih awal daripada tokoh Eropah terkenal Christopher Columbus. Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies. Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World. Lebih kurang 600 tahun sebelum ucapan Gavin Menzies itu, iaitu pada tahun 1381 seorang budak berumur 11 tahun telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan. Yunnan adalah sebuah kubu kuat puak yang penyokong tentera Mongol. Sudah menjadi amalan kerajaan China pada masa itu, kanak-kanak yang ditawan akan dikembiri sebelum dijadikan pembantu kepada putera serta dayang dan kerabat diraja di istana maharaja. Semenjak dari hari itu, bermulalah kehidupan kanak-kanak itu sebagai seorang yang dikembiri atau diistilahkan sebagai sida. Nama kanak-kanak itu ialah Ma Ho atau Ma Sanbao. Sesungguhnya Tuhan itu sangat adil, kerana walau pun terpaksa menjalani yang berbeza dari lelaki yang normal, Ma Ho telah ditakdirkan menjadi salah seorang pelaut, navigator, laksamana, diplomat serta duta kerajaan Ming yang paling berkuasa pada masa itu. Dari seorang budak kampung yang dilahirkan di sebuah kampung di pedalaman Yunnan, Ma Ho dibawa ke istana maharaja dan menjadi seorang yang terkenal dan sangat dikenang jasanya sehingga ke hari ini. Sesudah dilantik menjadi laksamana, beliau diberi gelaran Cheng Ho. Di kalangan masyarakat Inggeris namanya lebih dikenali sebagai Zheng He.

Detail

ISBN : 978-983-3892-76-1

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit