0 Ratings

Add to Wishlist

Publisher :

Author :

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 17.00 RM

About

Satu pembunuhan tragis golongan militan ke atas kedua ibu bapa Zaki untuk mendapatkan KIUB telah mengubah segalanya. Zaki yang hidup digelumangi kemewahan terpaksa meninggalkan segalanya demi membalas dendam atas kematian insan tersayang. Namun, musuhnya bukan sembarangan. Mereka licik dan kejam. Nama mereka sahaja sudah cukup untuk memberi ketakutan kepada semua orang. Dua tahun kemudian, pembunuhan semakin kerap berlaku. Tubuh mangsa seakan dirobek dengan benda yang tajam. Mira Hafizah pula menjadi suspek utama. Inspektor Zakwan yang mengendalikan kes ini pula semakin buntu dan tertekan untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila detik perhitungan telah tiba, pasti akan ada darah yang tumpah. Pasti ada jiwa yang akan terkorban. ZAKI- Mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Kemaraannya umpama ribut yang membadai pantai. Antara dendam dan keadilan, dia harus memilih salah satu! SAIFUL- Lelaki pendendam yang sukakan keganasan. Tiada ruang untuknya memberi kemaafan kepada sesiapa yang telah melakukan kesilapan. Hanya darah yang mampu memberi kepuasan kepadanya. Merupakan ketua kepada geng militan. Perampas kelima-lima kiub daripada ayah Zaki, Fakhruddin. KIUB- Satu kuasa yang tidak dapat dicapai dek akal fikiran manusia. Sesiapa yang memilikinya sukar ditandingi dan ditewaskan oleh manusia biasa.

Detail

ISBN : 978-967-446-327-4

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit