Shaari Isa Ikon Pendidikan Malaysia
Add to Wishlist
Shaari Isa Ikon Pendidikan Malaysia
Publisher :
Author :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 42.00 RM
About
Shaari Isa - Ikon Pendidikan Malaysia – Aku Sudah Kembali ke Laut memperlihatkan kedua-dua hemisfera pemikiran Shaari yang cemerlang dalam bidang sains melalui hemisfera otak kiri (hoki) dan bidang sastera melalui hemisfera otak kanan (hoka).
Tajuk kecil buku ini Aku Sudah Kembali ke Laut bermaksud suara hati simbolik arca ikan duyung yang sudah bebas dan merdeka seperti yang digambarkan pada awal novel Lepaskan Kembali Aku ke Laut.
Buku ini mengandungi dua bahagian bidang pendidikan yang memberi tumpuan kepada sejarah hidup Shaari Isa secara ringkas dan pendidikan dalam bidang sains, ekonomi, sosiobudaya, perakauan dan keusahawanan, bahasa Inggeris, politik dan ekonomi, kemajuan bangsa dan negara, kerohanian dan kemantapan Islam global.
Bahagian kedua pula memberi tumpuan kepada pendidikan yang disampaikan melalui karya kreatif kesusasteraan, iaitu novel tentang pendidikan pengurusan, sejarah dan nasionalisme, dunia korporat, akhlak, moral dan etika, masalah remaja dan dadah, pendidikan tentang peperangan dan percintaan, hubungan kemanusiaan dan kisah drama pentas.
Begitulah bidang pendidikan sains dan sastera yang diusahakan oleh Shaari Isa yang sangat relevan dengan sistem pendidikan di negara kita.
Detail
Publication Date :
Length : 644 Pages
File Format : PDF
File Size : 96.47 MB
Country : MY
Language : Bahasa Melayu
More Books By This Publisher
Loading ...