0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 38.40 RM

About

Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan falsafahnya. Buku ini menumpukan kepada perkembangan Tamadun Islam serta interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Ia juga menonjolkan Tamadun Islam sebagai contoh utamanya. Buku ini menepati sukatan pelajaran pengajian Tamadun Islam dan Asia yang diwajibkan kepada para penuntut di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Buku ini bertujuan untuk mempercambahkan perbincangan berkaitan ilmu ketamadunan di institusi pengajian tinggi dan membuka minda penuntut tentang pengajian dunia dan memahami aspek-aspek penting ilmu ketamadunan. Pengajian ini juga akan merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka. Setiap bab menyentuh tentang aspek-aspek penting ketamadunan termasuklah sejarah, agama dan falsafah, tradisi dan budaya asli serta kedatangan Barat dan pengaruhnya. Buku ini juga mampu memberi pengetahuan dan gambaran betapa masyarakat Asia umumnya dan masyarakat Islam serta masyarakat Melayu khususnya telah pun mempunyai tamadun sendiri yang unggul dan sesuai dengan keadaan semasa. Oleh itu, diharap buku ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman yang baik tentang keseluruhan konsep dan ilmu ketamadun

Detail

ISBN : 978-967-2064-87-9

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit