0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 21.60 RM

About

“Tak kenal, tanpa ilmu dan tanpa meminati puisi, maka tak akan seseorang jatuh cinta kepada puisi”. Inilah kembara penulis dunia puisi siber yang dijelmakan dalam buku Sastera Siber: Penciptaan dan Apresiasi Puisi. Puisi dan soneta siber yang dihidangkan sebagai bahan apresiasi difikirkan agak kontemporari selari dengan perkembangan teknologi dan komputer. Dalam hal ini, kesusasteraan Melayu tidak terlepas berada dalam landaan arus ini justeru, kemunculan sastera siber turut menyemarakkan perkembangan kesusasteraan Melayu. Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis yang terlibat secara langsung dalam penulisan dan apresiasi serta penciptaan puisi siber. Kandungan buku ini merupakan panduan praktikal penciptaan puisi, penjelasan tentang proses kreatif dan apresiasi penciptaan puisi. Dalam bab apresiasi penciptaan puisi, kumpulan tulisan hasil penelitian puisi dan soneta siber terpilih yang diterbitkan dalam jurnal elektronik E-Sastera.com (kini eSastera2u.com) dijadikan bahan kajian. Selain teori tentang binaan unsur dalam puisi, proses penciptaan puisi, dan apresiasi puisi siber, buku ini juga menyediakan praktikal mudah menggunakan pendekatan FIRM. Pendekatan ini telah digunakan dalam kalangan pelajar universiti, khasnya UUM dan di luar universiti. Penerbitan buku ini diharap bermanfaat untuk para pelajar, pengkaji, penulis dan peminat sastera khasnya puisi siber.

Detail

ISBN : 978-967-0876-78-8,

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit