0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 17.50 RM

About

Penggalian khazanah bangsa dalam bidang persuratan Melayu telah menampulkan suatu citra dokumentasi yang terkumpul hingga kini mampu menyerlah ketinggian tamadun Melayu dan dapat mengangkat martabat pengarangnya. Karya sastera yang dilahirkan itu adalah wadah yang amat berharga dan berpengaruh dalam membentuk pemikiran masyarakat menerusi ketajaman garapan tulisan pengaranya. Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden memaparkan gambaran perkembangan persuratan Melayu dalam dua tahap penulisan secara berasingan yang dimulai dengan kesusasteraan tradisional dan diikuti dengan kesusasteraan moden. Kesusasteraan Melayu tradisional meliputi tradisi lisan dan tradisi bertulis sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Kesusasteraan moden tumbuh pesat pada awal abad ke-20 dengan kemasukan pengaruh sastera Barat. Pada peringkat yang awal, kemasukan Islam telah membawa perubahan besar dalam bentuk genre serta isi sastera Melayu, karya yang dihasilkan itu adalah suatu paparan kepelbagaian aspek kehidupan masyarakat Melayu dengan segala ketinggian perisian tamadun di dalamnya. Kedua-dua nilai tersebut tetap tidak ditinggalkan oleh pengarang di samping mengharap khalayak pembaca dapat memahami serta menghayati unsur dan nilai murni yang terdapat di dalam setiap karya.

Detail

ISBN : 9789679427269

Publication Date :

Length : 228 Pages

File Format : PDF

File Size : 26.07 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit