0 Ratings

Add to Wishlist

Publisher :

Author :

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 18.00 RM

About

Hafeez mula diganggu sejak dia pulang ke rumah selepas jam 12.00 tengah malam. Bermula daripada itulah dia sering dihantui satu mesej bertulis yang memintanya membebaskan sesuatu yang dikurung di tingkat 15. Kehidupan Yana serta bapanya, Johari turut diganggu pada setiap malam setelah berpindah ke flat 15 tingkat. Selepas Manaf hampir dibunuh oleh Pak Karim, Hafeez tekad untuk membebaskan satu roh manusia yang didakwa dikurung di tingkat 15 selama tujuh tahun. Namun selepas pembebasan roh itu, pelbagai kejadian serta gangguan misteri berlaku sehingga menyebabkan kematian akibat tidak menghormati ‘tempat keras’ itu. Manakala Pak Karim pula masih merancang untuk membunuh Manaf serta mereka yang mengetahui perkara sebenar iaitu Hafeez, Yana dan Johari. Apakah perkara yang telah diketahui sehingga Pak Karim sebagai pengerusi flat sanggup membunuh mereka? Adakah Pak Karim berjaya melakukannya? Siapakah Yusoff pula dan apa kaitannya dengan Pak Karim? “Aku tak takut dengan kau! Aku tahu siapa kau sebenarnya! Kau tak berhak kurung manusia kat sini! Kalau kau tak nak lepaskannya, aku akan cuba bebaskannya daripada kau syaitan laknatullah!” ~HAFEEZ “Termasuk petang tadi dah dua kali tulisan tu muncul. Seolah-olah nak beritahu pada kau supaya bebaskan sesuatu di tingkat 15. Benda apa yang perlu dibebaskan, aku tak tahu. Tapi, kalau kau nak selesaikan misteri tu, kau kena mulakan dari sekarang,” ~ MANAF “Kau takkan terlepas kali ni! Aku akan bakar kau kalau kau tak nak tinggalkan flat ni. Tapi sebelum tu, aku nak kau beritahu aku siapa tuan kau!” ~ JOHARI

Detail

ISBN : 978-967-446-482-0

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit