CIK SKUTER, I LOVE YOU
Add to Wishlist
CIK SKUTER, I LOVE YOU
Publisher :
Author :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 18.20 RM
About
Indahnya cinta saat kutahu ertinya rindu
Muadz Hazami, lelaki yang tidak percaya pada cinta. Baginya cinta itu menyakitkan dan membuang masa. Perkenalan dengan Inas yang bermula dengan rasa benci akhirnya membuahkan rasa cinta di hati.
Untuk memiliki Inas, Muadz Hazami telah bekerja dengan Dato' Zahari, iaitu papanya sendiri sebagai budak pejabat! Cinta Muadz kepada Inas bukan permainan. Dia rela berkorban demi sebuah cinta suci.
"Apa kurangnya Azam! Azam dah minta maaf! Selama ni Azam anggap cinta semuanya mengarut. Kenapa? Sebab perempuan kebanyakannya kaki kikis! Tapi apabila Azam dah jatuh cinta, Inas boleh buang Azam macam tu aje! Inas buat Azam macam sampah!" - Muadz Hazami
Namun rahsia tetap rahsia. Kehadiran Katrina mencalar dua hati yang sedang hangat bercinta. Katrina berusaha mendapatkan Muadz Hazami sehingga menyakitkan hati Inas yang pernah tergores.
Inas yang berasa dirinya dipermainkan, mengambil keputusan mengundur diri. Penipuan Muadz Hazami begitu melukakan hatinya. Dia percaya, cinta lelaki itu hanyalah dusta. Walau ada cinta, maruah diri harus dijaga. Biarlah Katrina bersama lelaki itu. Dia rela daripada mengemis sebuah cinta.
"Kenapa? Awak nak kahwin dengan Katrina? Dia anak orang kaya! Awak pun! Saya tak ada apa-apa Azam. Saya bukan orang senang. Tapi sekurang-kurangnya saya ada hati." - Inas
Benarkah cinta itu tidak membawa apa-apa makna? Bahagiakah jiwa dengan fitnah yang datang secara tiba-tiba? Dalam derita, ada tawanya! Dalam suka atau duka, cinta tetap mekar jika ada rasa setia dalam dua jiwa.
Detail
ISBN : 978-967-86-0877-0
Publication Date :
File Format : ePub
Country : MY
Language : Bahasa Melayu
More Books By This Publisher
Loading ...