0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 15.00 RM

About

Penulisan dilakukan dengan kesedaran bahawa petani tanah tinggi memainkan peranan yang penting dalam kegiatan ekonomi di Malaysia, khususnya dalam memastikan keberlangsungan bekalan makanan kepada rakyat Malaysia. Namun demikian peranan golongan ini sedikit terpencil dari perhatian arus perdana. Hakikatnya golongan petani tanah tinggi sering berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama dari segi perubahan cuaca. Justeru, buku ini cuba untuk mengupas kesan perubahan cuaca terhadap produktiviti dan sosio-ekonomi petani tanah tinggi di Malaysia. Buku ini juga turut membincangkan sejauh manakah tahap adaptasi golongan petani tanah tinggi berdasarkan aspek kognitif, kebergantungan dan struktur. Penulisan ini diharap akan menjadi rujukan oleh penyelidik, pebuat dasar, agensi swasta dan NGO untuk dijadikan sandaran kepada pembangunan dan peningkatan taraf hidup golongan petani tanah tinggi di Malaysia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada UPM/Kementerian Pendidikan Malaysia di atas dana yang telah diberikan dalam menjayakan usaha murni ini tidak ketinggalan juga kepada semua pihak yang terlibat, semoga penulisan ini dapat memberi manfaat sewajarnya kepada masa depan petani tanah tinggi secara amnya dan negara secara khususnya.

Detail

ISBN : 978-967-344-884-5

Publication Date :

Length : 70 Pages

File Format : PDF

File Size : 4.42 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit