0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 10.00 RM

About

Buku pertama Ustazah Sharifah Hayaati Syed Ismail ini menampilkan tip-tip santai untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Betul, selagi ada yang namanya ibu bapa dan selagi ada yang namanya anak, selagi itulah ilmu keibubapaan (parenting) akan tetap dipelajari. Walaupun zaman berubah dan cabarannya jauh berbeza, tip-tip yang dibincangkan tetap masih relevan untuk diaplikasikan dalam pendidikan anak-anak. Ini adalah panduan sepanjang zaman, panduan yang malar hijau! Ilmu parenting dalam buku ini juga menyinggung peranan ibu bapa yang kadang-kadang sedikit terlalai atau kurang tahu bagaimana untuk mendidik anak. Juga terdapat teguran manis untuk ibu bapa agar menjadi insan yang lebih baik, lebih berilmu, lebih bijak, dan sentiasa mahu belajar serta meningkatkan personaliti diri agar dapat menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak. Gaya penulisan yang diterapkan dalam buku ini adalah dengan mengikut gaya penyampaian Ustazah Sharifah Hayaati ketika berceramah, dan diselang-selikan dengan mutiara kata-kata. Percayalah, pembaca yang membaca buku ini akan dapat merasakan personal engagement ketika membacanya; seolah-olah Ustazah sedang duduk berhadapan, bercerita kepada mereka secara personal, secara dekat. Ini kelebihan yang diterapkan dalam buku ini yang tujuannya agar pembaca tidak bosan dan dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu dalam mendidik anak-anak.

Detail

ISBN : 978-967-86-0847-3

Publication Date :

Length : 187 Pages

File Format : PDF

File Size : 20.07 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit