0 Ratings

Add to Wishlist

Publisher :

Author :

Price

Buy : 17.00 RM

About

an Sri Rahman Shah mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok; siang malam memikirkan untung rugi. Ditakdirkan tersiar satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Hal kahwin dua bukan perkara main-main. Wartawan itu dicari! Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekeh kewujudannya sebagai isteri pertama. Dia izinkan tetapi bersyarat. Betul suaminya berkongsi cinta. Itu hak suami dan bahagia seorang lelaki yang kaya bergaya. Dia adil bab rumah banglo, keperluan harian, duit belanja, percutian dan semua lengkap. Cuma satu sahaja dia tidak adil - bab populariti. Dengan pendedahan dalam majalah itu, Puan Sri Rosnita seperti bunga layu, yang tidak lagi wangi. Bekas ratu cantik, Netty Karmila tiba-tiba buat masalah. Dulu memang dia perempuan glamor, selalu diekori, muka terpamer di majalah. akhbar, televisyen dan media sosial. Namun selepas berkahwin, dia patut sedar diri. Populariti jangan melebihi suami. Sebagai wartawan, Hanim Hanani seperti kupu-kupu, terbang ke sana sini sebebasnya. Dia ligat hinggap di mana sahaja ada peluang. Dunia muda dan masa senggang mengelilinginya, tidak ubah seperti maharani dipuja-puji. Apabila semuanya terjebak - Netty Karmila, Puan Sri Rosenita dan Hanim Hanni - memang terjadi logik yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki matang berkarisma bernama Tan Sri Rahman Shah.

Detail

ISBN : 978-983-124-022-9

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit