0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 24.50 RM

About

Pengkomputeran selari merupakan gabungan berbilang pemproses atau berbilang teras yang tidak bersandar antara satu dengan yang lain dari segi ruang memori dan beroperasi secara bersama. Teknologi ini telah digunakan secara meluas dalam menyelesaikan pelbagai masalah fizikal yang bersifat global. Teknologi ini juga didapati mampu melaksanakan proses pengiraan yang kompleks, iaitu dapat menampung ruang ingatan yang cukup besar dan menyelesaikan masalah yang melibatkan saiz data yang sangat besar. Buku Pengkomputeran Selari ini mendedahkan kepada pembaca tentang perkara yang berkaitan pengkomputeran selari seperti definisi, perkembangan, jenis, kelebihan dan kelemahan, skop penggunaan, serta isu dan cabaran dalam menggunakan pengkomputeran selari. Turut didedahkan juga tentang seni bina pengkomputeran selari, perkakasan dan perisian yang terlibat dalam pembangunan sistem komputeran selari, operasi komunikasi, pembangunan algoritma selari, dan ukuran prestasi bagi pengaturcaraan selari. Selain itu, aplikasi sistem pengkomputeran selari dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, dan robotik juga dibincangkan dalam buku ini. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, serta sebagai rujukan kepada penyelidik dan pembaca umum yang berminat untuk mempelajari tentang teknologi komputer, khususnya pengkomputeran selari dengan lebih mendalam.

Detail

ISBN : 978-983-52-0965-9

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit