0 Ratings

Add to Wishlist

Price

Buy : 20.00 RM

About

Syeikh Fādānī dikenali kerana kehebatan ilmunya dalam bidang sanad. Ulama pada zamannya dan muridnya yang ramai di Timur Tengah, India, Pakistan dan Nusantara, menggelar beliau Musnid al-Dunyā yang bermaksud Pakar Sanad Dunia. Dalam 110 karya yang dihasilkan oleh Syeikh Fādānī, 70 daripadanya adalah tentang sanad keilmuan, sama ada sanad dalam bidang hadis mahupun sanad dalam bidang akidah-tauhid, fikah-uṣūl al-fiqh, akhlak-tasawuf, al-Quran dan ilmu tafsir, bahasa, faraid, ilmu falak dan falsafah. Syeikh Fādānī dikenali dalam periwayatan hadis musalsal, sebuah model periwayatan yang unik dalam tradisi hadis yang tidak digunakan oleh kebanyakan ulama Nusantara. Kitab Hadis Arba’īn Fādānī: Karya Ulama Nusantara di Tanah Suci ini mengetengahkan sumbangan beliau sebagai ulama besar Nusantara di Tanah Suci pada abad ke-20. Buku ini memperkenalkan ketokohannya dalam bidang hadis dan disiplin lain melalui karya-karya beliau. Karya penting beliau Al-Arba‘ūn al-Buldāniyya yang memuat 40 hadis pilihan dengan segala keistimewaan dan keunikannya dibanding dengan buku hadis arba’īn yang lain turut dikupas dalam buku ini.

Detail

ISBN : 978-967-491-142-3

Publication Date :

Length : 342 Pages

File Format : PDF

File Size : 75.83 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit