Buat Duit dengan Rumah
Add to Wishlist
Buat Duit dengan Rumah
Publisher :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 12.90 RM
About
"Orang bodoh nampak pandai jika ada banyak duit.
Orang pandai pula nampak bodoh jika tiada duit.
Kita tidak dipandang tinggi jika hanya dikenali sebagai orang bijak pandai tetapi tidak berduit. Ini kerana, kita mempunyai risiko dibeli oleh orang lain. Ini yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini. Orang yang berpelajaran terpaksa mengikut telunjuk orang yang membelinya.
Kadangkala mereka terpaksa melakukan perkara yang menyalahi agama dan undang-undang. Sebahagian daripada mereka menggunakan orang pandai bagi mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Apabila kita menguasai ilmu dan mempunyai duit, kita mampu mengatakan ‘tidak’ bagi perkara yang bercanggah dengan tatasusila manusia yang bermaruah.
Sebelum ini, buku Kaya dengan Rumah membincangkan risiko hidup bergantung pada sumber yang tidak kebal dan cara mencipta sumber yang kebal. Namun, buku Buat Duit dengan Rumah mem-fokuskan pada panduan-panduan bagi pelabur yang ingin membuat duit dengan membeli rumah. Ia juga menerangkan pantang larang yang perlu difahami apabila melabur dalam rumah. Buku ini ditulis bagi menganjakkan pemikiran pembaca supaya melihat daripada sudut berbeza kerana melabur dalam rumah adalah ‘wajib’.
Ditulis dalam bahasa mudah dan terdapat fakta bagi memudahkan para pembaca memahami isu yang dibincangkan. Harapan penulis, buku ini dapat menjadi panduan bagi memulakan langkah melabur dalam rumah. Ia juga bagi mengelakkan pelabur daripada melakukan kesilapan semasa membeli rumah untuk diduduki sendiri ataupun disewa. Ia juga bagi memastikan pelabur dapat memaksimumkan keuntungan dengan usaha minimum.
Semua ini berlaku apabila kita mengubah persepsi pada perkara yang kita fikirkan selama ini. Jika hari ini kita adalah pekerja, tidak mustahil kita dapat menjadi majikan kepada pekerja lain pada hari esok dan seterusnya. Cuma, yang berbeza adalah anda dibayar gaji oleh majikan, tetapi kita tidak membayar gaji kepada pekerja kita sendiri.
""Buku ini membantu individu yang bekerja memulakan perjalanan ke arah memiliki timbunan harta dengan menjadikan hartanah sebagai paksi bagi mendapatkannya.†Yim Choong Chow
Panduan Meningkat Prestasi, Jurulatih Kejayaan – Konsultan Bisnes - Penulis"
Detail
Publication Date :
File Format : ePub
Country : MY
More Books By This Publisher
Loading ...