Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri. Siri 1
Add to Wishlist
Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri. Siri 1
Publisher :
Author :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 21.00 RM
About
Pelajar generasi Z merupakan golongan remaja yang berfikiran pantas, suka kepada cabaran dan handal menggunakan pelbagai gajet teknologi untuk mencari maklumat dengan pantas, menyelesaikan masalah pembelajaran dengan pantas dan tidak terlalu bergantung dengan pengajaran guru. Peranan guru telah berubah daripada seorang pengajar kepada fasilitator. Guru sudah kurang mengajar dan kurang berkuliah, peranan guru lebih kepada memberi pelbagai tugasan dan persoalan yang berunsur KBAT untuk mencabar kemampuan pelajar, menjadi pemudah cara untuk memandu pelajar belajar secara hands-on melalui bermacam-macam pengalaman dalam proses try and error.
Proses PdP matematik menitikberatkan pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran serta pembentukan nilai yang murni dan positif. Pengintegrasian teknologi amat diperlukan untuk membantu murid memahami konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat. Pembelajaran matematik melalui pendekatan penyelesaian masalah (problem based learning) dan pendekatan projek (project based learning) selaras dengan pendidikan STEM adalah diuar-uarkan.
Sama ada anda seorang pensyarah universiti, pensyarah IPG, pensyarah matrikulasi, pensyarah kolej, penuntut IPT, guru pelatih, pelajar, mahu pun murid sekolah menengah dan sekolah rendah, buku ini dapat memberi manfaat kepada kalian untuk mempelajari matematik berintegrasi teknologi. Dengan adanya buku ini, sudah pasti anda merasai keseronokan mempelajari matematik di samping mencungkil pemikiran kritis, kreatif dan inovatif anda semua ke arah KBAT dalam PAK21. Buku Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri Siri 1 pasti dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memiliki dan menghayatinya. USAHALAH BERSAMA DEMI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KITA.
Detail
Publication Date :
Length : 106 Pages
File Format : PDF
File Size : 106.07 MB
Country : MY
Language : Bahasa Melayu
More Books By This Publisher
Loading ...