0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 17.90 RM

About

Buku ini memaparkan sejarah perjuangan dan peranan guru Melayu dalam politik khususnya di Kedah dari tahun 1940 hingga tahun 1960. Guru dan politik adalah dua perkara yang sering diperkatakan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Sebagai golongan cerdik pandai Melayu pada zaman itu, mereka adalah barisan hadapan yang mempelopori bukan sahaja membangkitkan gerakan politik nasionalisme tetapi juga memperjuangkan isu-isu bahasa, sosiobudaya, sosioekonomi dan dasar pelajaran. Guru-guru Melayu berjuang melalui penulisan, persatuan, pertubuhan politik dan ada juga hanya secara individu. Mereka bukan sahaja pendidik di sekolah tetapi juga pembimbing masyarakat, pemimpin serta pejuang bangsa. Perkembangan pendidikan telah memberi impak dengan mengubah paradigma pemikiran masyarakat Melayu dalam membela nasib bangsanya yang ditindas oleh penjajah. Semangat nasionalisme timbul di jiwa guru-guru Melayu semasa menerima latihan dan didedahkan pelbagai pengalaman di maktab perguruan khususnya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Perak selain perkembangan politik terutama dari Indonesia dan Asia Barat. Guru-guru Melayu bertindak seolah-olah ‘agen pembangunan’ kepada masyarakat Melayu di kampung. Penulisan ini juga memfokuskan sumbangan guru dalam proses pengisian kemerdekaan dan pengaruh golongan ini ke atas politik tanah air hingga akhir tahun 1960-an. Guru Melayu yang menceburi politik diterima kerana mereka mudah mendekati masyarakat dan berpengaruh di peringkat akar umbi.

Detail

ISBN : 978-983-100-967-3

Publication Date :

Length : 258 Pages

File Format : PDF

File Size : 45.21 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit