0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 21.00 RM

About

Buku ini memerihalkan tentang prinsip asas kerja sosial, sejarah perkembangan kerja sosial sama ada sebagai disiplin ilmu atau profesion pertolongan profesional dan pendidikan kerja sosial di Malaysia. Disiplin kerja sosial merupakan cabang ilmu sains sosial yang melatih pekerja sosial untuk melakukan praktis intervensi dengan sistem mikro, mezzo dan makro. Matlamat utama praktis kerja sosial ialah meningkatkan kefungsian dan kesejahteraan biopsikososial serta memperkasakan klien yang terdiri daripada kumpulan rentan atau marginal. Pekerja sosial bekerja dalam pelbagai seting seperti sekolah, penjara, hospital, rumah jagaan dan perlindungan kanak-kanak, rumah orang tua dan lain-lain yang memerlukan khidmat pekerja sosial. Sehubungan itu, buku ini sangat signifikan terutamanya kepada mahasiswa yang mengambil kursus kerja sosial, agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyalurkan perkhidmatan sosial. Keperluan kepada pekerja sosial semakin penting selaras dengan pelbagai isu sosial yang semakin kompleks. Isu tersebut perlu ditangani supaya tidak menjadi barah yang boleh meruntuhkan kemajuan sesebuah negara. Kemampanan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada rakyatnya yang sejahtera dan harmoni.

Detail

ISBN : 978-967-2210-40-5

Publication Date :

Length : 149 Pages

File Format : PDF

File Size : 14.37 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit