Halal dan Haram dalam Islam
Add to Wishlist
Halal dan Haram dalam Islam
Publisher :
Category :
Price
Buy : 70.00 RM
About
Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.
Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:
-Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.
- Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.
-Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.
Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:
- Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
- Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
- Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.
- Hukum harus isteri melayan tetamu suami.
-Hukum mengharuskan onani bagi mereka yang mempunyai kehendak naluri seks yang kuat.
- Isu pengharaman kahwin mut’ah.
- Hukum perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mengharuskannya.
- Isu talak ke atas isteri yang sedang haid.
- Isu pengharaman dadu dan pendapat yang memberi keringanan bermain dadu sekiranya tiada unsur taruhan.
Detail
ISBN : 9789674117733
Publication Date :
Length : 898 Pages
File Format : PDF
File Size : 205.71 MB
Country : MY
Language : Bahasa Melayu
More Books By This Publisher
Loading ...