1 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 126.00 RM

About

DELEGRASI Kesultanan Negeri Kedah diteruskan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah apabila diisytiharkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 pada tanggal 12 September 2017 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Buku ini menceritakan mengenai kisah hidup, kronologi dan liku-liku kehidupan Baginda. Kisah hidup ini bermula daripada kehidupan awal Baginda semasa di Istana sehingga zaman persekolahan di Sekolah Melayu Alor Merah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Atas saranan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Baginda mengambil keputusan menyertai latihan ketenteraan di Indian Military Academy, Dehradun, India. Sekembalinya ke tanah air, Baginda terus menyertai pasukan tentera sebagai Leftenan Muda dan ditempatkan dalam Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan. Semasa di Batalion 2 RAMD juga, Baginda dinaikkan pangkat ke Leftenan. Baginda juga terlibat secara langsung dalam operasi bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara terutamanya ketika negara berada di era konfrontasi dan insurgensi. Baginda telah bertemu jodoh dengan KDYMM Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff ketika bertugas di Kelantan. Hasil perkahwinan tersebut, Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu DYTM Tengku Sarafudin Badlishah dan YTM Dato’ Tunku Shazuddin Ariff. Ketika berkhidmat dalam Batalion 2 RAMD, Baginda ditugaskan dalam pasukan Batalion 3 RAMD dan ditempatkan di Kem Kepala Batas, Alor Setar. Baginda banyak terlibat dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di kawasan Sintok yang suatu ketika dulu menjadi kawasan sasaran pengganas komunis. Banyak peristiwa dan kenangan Baginda semasa menjalankan operasi di kawasan Sintok dipaparkan dalam buku ini. Setelah berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan tentera, dengan pangkat Kapten, Baginda mengundurkan diri pada tahun 1974. Namun, setelah lebih 40 tahun Baginda meninggalkan bumi Sintok, dengan takdir Allah SWT, Baginda kembali ke Sintok sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia pada 18 November 2017. Sesungguhnya, kawasan Sintok inilah menjadi medan sejarah yang dahulunya bergelora dengan ancaman musuh bertukar menjadi medan ilmu mendidik anak bangsa.

Detail

Publication Date :

Length : 168 Pages

File Format : PDF

File Size : 471.39 MB

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit