0 Ratings

Add to Wishlist

Read this book for free!

Just have a package Buffet Premium

Price

Buy : 16.00 RM

About

Ketiga-tiga penulis projek seram Tanah ini mempunyai followers yang ramai dan aktif dalam media sosial. Setiap posting karya di Facebook masing-masing pasti akan mencecah ratusan like. Projek Seram Tanah mengetengahkan tentang kepercayaan nenek moyang masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang terlalu taksub dengan bantuan makhluk halus sehingga membuat perjanjian dengan syaitan dan jin. Akibatnya ditanggung oleh cucu cicit di zaman kini sehingga menyebabkan kematian. Karya ini juga menyatakan tentang kewujudan alam bunian (jin) di mana golongan jin ini berpotensi melakukan tipu helah dan memperdaya manusia. Pembaca pasti akan lebih mendalami tentang sikap dan kisah kehidupan jin yang dipanggil bunian ini. Selain itu terdapat pelbagai lagi isu yang boleh dijadikan pengajaran oleh pembaca. GEGAR TANAH – SYAIDA ILMUNA ~Jangan biar kau terperangkap!~ Daniel dan Natasya ditimpa kemalangan teruk ketika melalui lebuh raya untuk ke Sungai Petani. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, pasangan suami isteri ini didatangi makhluk berlidah panjang yang sedia untuk meragut nyawa. Tanpa diduga, datang seorang lelaki misteri yang membantu dan kemudian membawa mereka ke sebuah kampung yang terselindung dari pandangan orang biasa. Siapa Bidan Sufiah dan Khalif? Apa sengketa mereka dengan Dukun Jamilah? Dan sebenarnya... di mana mereka berada sekarang? PETAKA – AKMA SAIDON ~Janji ditabur menuntut galang ganti!~ Athira salah seorang ahli kumpulan pementasan teater Persatuan Belia Laksamana Bayu Sutera mencadangkan kumpulannya untuk menggunakan tanah lapang bersebelahan balai raya kampung mereka sebagai tempat latihan pementasan mereka. Uwaish selaku ketua pementasan teater itu bersetuju tanpa berfikir panjang akibat tindakannya itu walaupun ditegah oleh Wirda. Persetujuan daripada ahli yang lain juga melegakan kembali hati Uwaish yang walang. Kata putus dibuat dan sejak itulah tapak tanah itu dijadikan tempat latihan buat mereka. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memandang. Tanpa mereka tahu, ada semangat yang telah mereka hidupkan kembali! AYUNAN RESORT – SAIDEE NOR AZAM ~Kami akan berada di tanah ini untuk selama-lamanya.~ Tahun berganti tahun, akhirnya sebuah tanah yang dahulunya menjadi tempat pemujaan dan menyembahan telah dibeli oleh seorang hartawan yang terkenal. Tanah yang dahulunya tiada sesiapa di kalangan penduduk Kampung Seberang berani hadir, kini sudah terbina sebuah resort yang tersergam indah dan menarik untuk para pelancong menginap dan bersantai. Akan tetapi satu demi satu peristiwa hitam dan berdarah berlaku di resort berkenaan. Sehinggalah datang seorang novelis seram terkenal ke resort itu. Apakah pengakhiran kisah di tanah resort itu? Adakah tanah itu akan terus bermandi dengan darah?

Detail

ISBN : 978-967-446-357-1

Publication Date :

File Format : ePub

Country : MY

Language : Bahasa Melayu

More Books By This Author

Loading ...

More Books By This Publisher

Loading ...

Rate 5 stars

Submit

Submit