Menjayakan UTM Global: Kesepakatan, Keterangkuman & Keterlibatan
Add to Wishlist
Menjayakan UTM Global: Kesepakatan, Keterangkuman & Keterlibatan
Author :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 19.60 RM
About
Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor adalah satu legasi UTM yang dibukukan setiap tahun sejak tahun 2009. Legasi ini mendokumentasikan perancangan, pelan tindakan dan pelaksanaan, menukilkan cabaran, memaparkan pencapaian tahun sebelumnya dan mengungkapkan aspirasi melalui tema yang dipilih bagi tahun berkenaan kepada seluruh warga universiti dan mahasiswa. Di samping itu, buku ini dapat menghebahkan perkembangan dan pencapaian universiti kepada pemegang taruh (stakeholder) di luar universiti.
Sebagai warga UTM, kita perlu memahami visi dan misi yang yang akan dicapai dan menghayati sepenuhnya visi dan misi ini. Kita perlu bergerak secara kolektif ke arah pencapaian matlamat utama untuk meletakkan UTM antara 50 buah universiti terbaik dunia dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan menjelang tahun 2020.
Justeru, Perutusan Tahun Baharu 2014 membawa tema ‘kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan’ (consensus, inclusiveness, engagement). Kita akan mengatur setiap langkah dengan mengambilkira pandangan semua pihak. Setiap pandangan akan diraikan sewajarnya untuk membolehkan seluruh warga universiti memberi pandangan konstruktif agar usaha penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksanakan. Sesungguhnya semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan telah digagaskan oleh kepimpinan universiti dari dahulu hingga kini walaupun pelaksanaannya mungkin nampak berbeza dan unik. Kita amat berterima kasih atas sumbangan kepemimpinan dan warga UTM terdahulu yang telah berjaya membina satu budaya kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan warga universiti yang jelas dirasai impaknya pada masa ini. Sesungguhnya, ini adalah aset yang amat bernilai yang perlu dipelihara dan terus disuburkan oleh kita bersama untuk memastikan UTM terus unggul terbilang dan menjadi universiti sanjungan bangsa.
Detail
ISBN : 978-983-52-0944-4
Publication Date :
File Format : ePub
Country : MY
Language : Bahasa Melayu
More Books By This Publisher
Loading ...