Kongruen Pengajaran Membantu Pelajar Melintasi Sempadan Sains Barat
Add to Wishlist
Kongruen Pengajaran Membantu Pelajar Melintasi Sempadan Sains Barat
Publisher :
Author :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 8.00 RM
About
Cara pelajar mengkonsepsi dan berinteraksi dengan alam dan cara mereka bertindak balas terhadap sains dan konvensyennya yang tersendiri berkemungkinan besar mempunyai perbezaan yang signifikan merentasi budaya. Melintasi sempadan berlaku apabila pelajar melintas dari sub-budaya dunia kehidupan harian mereka iaitu sub-budaya rakan dan keluarga ke sub-budaya sains Barat. Hal ini bermakna, melintasi sempadan berlaku apabila pelajar melintas dari sub-budaya dunia kehidupan harian mereka iaitu sub-budaya rakan dan keluarga ke sub-budaya sains moden barat dan sains sekolah. Lintasan sempadan merupakan peralihan antara dunia pelajar dan sains sekolah. Kongruen pengajaran sebagai satu proses menjadi pengantara sifat konten akademik dcngan pengalaman budaya pelajar supaya konten sains boleh dicapai, bermakna, dan relevan untuk pelajar daripada kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Persekitaran kelas yang menggunakan pendekatan kongruen pengajaran dapat membantu pelajar dari kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam melintasi sempadan sains Barat.
Detail
ISBN : 978-983-861-784-0
Publication Date :
File Format : ePub
Country : MY
More Books By This Publisher
Loading ...