Malaysia Menangani Perubahan dan Pembangunan
Add to Wishlist
Malaysia Menangani Perubahan dan Pembangunan
Publisher :
Author :
Read this book for free!
Just have a package Buffet Premium
Price
Buy : 11.90 RM
About
Perkembangan dan perubahan itu berlaku dalam pelbagai sektor dan dalam kalangan berbagaibagai kelompok masyarakat. Dari sudut sektor, buku ini menyentuh masyarakat bandar, kampung, Orang Asli dan remaja dalam
pelbagai aspek-politik, ekonomi, sejarah, hubungan etnik dan seumpamanya. Dalam proses membangun dan berubah, sektor dan kelompok masyarakat menempuh berbagai-bagai liku, berdepan banyak cabaran dan membuat banyak penyesuaian. Dalam beberapa hal kita beroleh kejayaan seperti yang dijangkakan. Dalam beberapa hal lain pula, kejayaan diraih selepas berhempas-pulas. Sedangkan dalam kes-kes yang lain kita tidak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan. Di Malaysia, pembangunan dalam pengertian perubahan berencana adalah fenomena pascakolonial. Pada zaman kolonial, berlaku banyak perubahan sosial, dan kebanyakannya pula tanpa dirancang atau intervensi. Justeru, dewasa itu tidak menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat, ketaksamaan sosial masih luas dan kemiskinan mutlak berleluasa. Apabila konsep perubahan berencana menjadi amalan, maka sedikit demi sedikit masalah tersebut mula diatasi, walaupun tidak secara keseluruhannya.
Detail
ISBN : 978-983-100-375-6
Publication Date :
Length : 249 Pages
File Format : PDF
File Size : 53.78 MB
Country : MY
Language : Bahasa Melayu
More Books By This Publisher
Loading ...